Pengenalan 8 buah planet


Utarid

  Utarid adalah planet yang paling hampir dengan matahari, kira-kira 57.9 juta kilometer dan planet terkecil di dalam sistem suria. Diameter Utarid adalah 40% lebih kecil daripada Bumi, dan 40% lebih besar daripada Bulan. Malahan saiznya juga lebih kecil daripada bulan Musytari, Ganymede dan bulan Zuhal, Titan.     
     Permukaan di Utarid adalah lebih kurang sama dengan permukaan Bulan contohnya kawah-kawah asteroid dan tebing yang puluhan kilometer tinggi. Di permukaan Utarid, matahari kelihatan dua setengah kali ganda lebih daripada saiznya di Bumi. Namun, disebabkan ketiadaan atmosfera, cahaya tidak dapat diserakkan. Akibatnya, langit kelihatan gelap seperti di angkasa lepas. Di permukaan Utarid juga, Zuhrah dan Bumi kelihatan seperti bintang yang sangat cerah. 

             Tidak banyak diketahui mengenai planet ini, kapal angkasa yang pertama daripada dua buah kapal yang mendekati planet Utarid adalah Mariner 10 dari tahun 1974 hingga 1975, yang hanya memetakan 45% daripada permukaan planet. Kapal angkasa yang kedua adalah kepal angkasa MESSENGER, yang memetakan lagi 30% permukaan planet semasa penerbangannya pada 14 Januari, 2008. MESSENGER akan membuat dua laluan lagi mengelilingi planet Utarid, diikuti dengan penyertaan orbit pada tahun 2011, dan akan meninjau dan memetakan seluruh planet berkenaan.


( Video yang mengenai Utarid  ~ English vision )


                                     Zuhrah


    Zuhrah atau di dalam bahasa inggerisnya Venus planet kedua terdekat kepada Matahari, mengorbitnya pada setiap 224.7 hari bumi. Nama Zuhrah ini diambil daripada bahasa Arab bermaksud bunga kerana bentuknya pada waktu pagi atau pada waktu senja seakan-akan bunga, tetapi jika dirujuk pada nama bahasa inggeris, planet ini dinamakan bersempena Venus, Tuhan cinta Rom. Ia merupakan objek semulajadi yang paling terang di waktu malam, kecuali Bulan, mencapai magnitud kecerahan −4.6. Oleh kerana Zuhrah merupakan planet inferior dari Bumi, ia tidak pernah muncul jauh daripada Matahari: Kelonjongannya mencapai maksimum sebanyak 47.8°. Zuhrah mencapai kecerahan maksimum sebelum matahari naik atau pun terbenam, disebabkan alasan tersebut ia selalunya disebut sebagai Bintang Pagi atau pun Bintang Petang.
        Zuhrah dianggap sebagai planet kembar Bumi kerana saiz, jisim, isipadu dan ketumpatannya yang hampir sama dengan bumi. Malahan, planet Bumi dan Zuhrah terbentuk daripada awan nebula yang sama. Walau bagaimanapun, kedua dua planet ini mempunyai sifat yang berbeza. Zuhrah tidak mempunyai lautan, dan diselubungi dengan atmosfera yang mengandungi karbon dioksida pada peratusan yang tinggi. Atmosfera Zuhrah juga tidak mempunyai wap air dan awan awan di Zuhrah terdiri daripada titisan titisan asid sulfurik. Di permukaan Zuhrah, tekanan atmosferanya 92 kali ganda lebih tinggi daripada tekanan udara Bumi pada permukaan laut.
        Zuhrah juga terkenal sebagai planet 'rumah hijau' kerana mempunyai kandungan karbon dioksida yang tinggi di dalam atmosferanya. Cahaya matahari akan memanaskan permukaan planet tersebut, namun disebabkan atmosferanya tumpat, tenaga haba tidak dapat dipancarkan semula ke angkasa lepas. Akibatnya suhu permukaan Zuhrah mencapai 480 C dan lebih panas daripada suhu permukaan Utarid. 
        Satu hari di Zuhrah adalah lebih panjang daripada satu tahun. Zuhrah melengkapkan putaran di paksinya dalam masa 245 hari Bumi, dan mengelilingi orbitnya dalam masa 225 hari Bumi. Zuhrah juga berputar daripada timur ke barat, berbeza dengan bumi, iaitu dari barat ke timur. Ini bermakna di Zuhrah, matahari akan terbit daripada barat. Terdapat juga lingkaran asteroid yang kebanyakannya mengelilingi matahari di antara orbit planet Marikh dan Musytari. Disebabkan oleh putaran, garis pusat pada garis khatulistiwa adalah terpanjang bagi setiap planet dan bintang



( Video yang mengenai Zuhrah  ~ English vision )



 Bumi
      Bumi merupakan planet ketiga daripada matahari. Ia juga boleh dirujuk sebagai Bumi, Planet Bumi atau Terra. Rumah kepada jutaan spesies, termasuklah manusia, bumi juga merupakan satu-satunya tempat di dalam semesta di mana kehidupan diketahui wujud. Pembuktian saintifik menunjukkan bahawa planet ini telah terbentuk kira-kira 4.54 bilion tahun yang lalu, dan kehidupan muncul di permukaannya di dalam tempoh satu bilion tahun. Bumi dijangkakan telah berusia selama 4,600 juta tahun. Jarak purata Bumi dengan matahari adalah 149.6 juta kilometer.
       Bumi mempunyai lapisan udara dan medan magnet yang dipanggil magnetosfera yang melindung permukaan Bumi daripada angin suria, sinaran ultra merbahaya, dan radiasi dari angkasa lepas. Lapisan udara ini menyelitupi bumi sehingga ketinggian 700 kilometer dan yang selebihnya dianggap angkasa lepas. Lapisan udara ini dibahagi kepada Troposfera, Stratosfera, Mesosfera, Termosfera, dan Eksosfera.

              Lapisan ozon, setinggi 50 kilometer, wujud di lapisan Stratosfera dan Mesosfera dan melindungi bumi daripada sinaran ultra-lembayung. Perbezaan suhu permukaan Bumi adalah di antara -70 °C sehingga 55 °C bergantung kepada iklim tempatan. Sehari di Bumi bersamaan 24 jam dan setahun di bumi bersamaan 365.25 hari. Bumi mempunyai jisim seberat 59,760 juta juta tan, dengan luas permukaan 510 juta km persegi. Ketumpatan Bumi pada 5,500 kilogram setiap meter persegi digunakan sebagai unit perbandingan ketumpatan berbanding planet yang lain, dengan ketumpatan Bumi sebagai 1.
             Bumi mempunyai garis pusat sepanjang 12,756 kilometer. Graviti Bumi diukur sebagai 10 N kg-1 dijadikan unit ukuran graviti planet lain, dengan graviti Bumi sebagai 1. Bumi mempunyai 1 satelit asli iaitu bulan. 70.8% permukaan bumi diseliputi air. Udara Bumi terdiri daripada 78% nitrogen, 21% oksigen, dan 1% wap air, karbon dioksida, dan gas lain. Bumi dianggarkan mempunyai teras dalam bumi yang terdiri daripada besi nikel beku setebal 1,370 kilometer dengan suhu mencecah 4,500 °C, diselitupi pula oleh teras luar yang cair setebal 2,100 kilometer, diselitupi pula oleh mantle silika padu setebal 2,800 kilometer membentuk 83% isipadu bumi, dan akhir sekali diselitupi oleh kerak batu silika hampir 100 kilometer tebal.
            Kerak bumi lebih nipis di dasar laut iaitu sekitar 5 kilometer. Kerak bumi terbahagi kepada beberapa bahagian dan bergerak melalui pergerakan plat tektonik (teori hanyutan benua) menghasilkan gempa bumi. Puncak tertinggi adalah gunung Everest setinggi 8,848 meter, dan lautan terdalam mencecah 10,924 m. Tasik tertinggi adalah tasik Titicaca, dan tasik terbesar adalah Laut Caspian. Lautan terbesar ialah Lautan Pasifik. Lebih 2/3 kawasan Bumi dilitupi oleh air dan 12% daripada kawasan Bumi merupakan padang pasir.


( Video yang mengenai Bumi ~ English vision )
 
                                    Marikh

    Marikh merupakan planet ke-4 dari matahari dalam Sistem Suria dan dinamakan sempena nama Tuhan Peperangan Tamadun Rom (Tuhan Peperangan Tamadun Yunani sedarjatnya: Ares) disebabkan warna kemerahannya di langit pada waktu malam. Ia mempunyai 2 bulan iaitu Phobos dan Deimos. Setiap satu bulan tersebut menyerupai asteroid. Planet ini juga merupakan salah sebuah planet dari 8 planet dalam sistem suria.
     Marikh mempunyai tempat penting dalam imaginasi manusia disebabkan dipercayai ada makhluk hidup di Marikh yang dinamakan sebagai Martian (bahasa Inggeris). Ini disebabkan perjumpaan "terusan Marikh" oleh Percival Lowell. Beliau menyatakan ia merupakan struktur buatan oleh penduduk planet Marikh dan perubahan kegelapan/kecerahan yang telah menyebabkan beliau percaya ada pertumbuhan vegetatif di Marikh. Di situ berpuncanya cereka tentang makhluk planet Marikh. Sekarang, pemerhatian Percival Lowell telah dikatakan tersesat dan dilabelkan sebagai paritan lama akibat pergerakan air pada zaman dahulu-kala.
        Planet Marikh mempunyai kutub yang mengandungi air beku dan karbon dioksida. Olympus Mons (iaitu Gunung Olympus) merupakan sebuah gunung berapi yang tidak aktif dan mencapai ketinggian 27km, gunung yang tertinggi dalam sistem suria. Gunung berapi tersebut berada dalam kawasan tanah tinggi Tharsis, bersama dengan beberapa gunung berapi yang lain. Di samping itu, lembah Valles Marineris ataupun 'Parut Marikh' ialah lembah terbesar di sistem suria kita, dengan panjang 4000km dan kedalaman berukur 7km.

( Video yang mengenai Marikh ~ English vision )




Musytari
       Musytari adalah planet kelima daripada matahari dan juga planet yang terbesar daripada sembilan planet dalam sistem suria. Senarai planet dan jarak purata planet dengan matahari dalam sistem suria adalah seperti berikut :-
  • 57.9 juta kilometer ke Utarid
  • 108.2 juta kilometer ke Zuhrah
  • 149.6 juta kilometer ke Bumi
  • 227.9 juta kilometer ke Marikh
  • 778.3 juta kilometer ke Musytari
  • 1,427.0 juta kilometer ke Zuhal
  • 2,871.0 juta kilometer ke Uranus
  • 4,497.0 juta kilometer ke Neptun
  • 5,913.5 juta kilometer ke Pluto.
            Terdapat juga lingkaran asteroid yang kebanyakannya mengelilingi matahari di antara orbit planet Marikh dan Musytari. Disebabkan oleh putaran, garis pusat pada garis khatulistiwa adalah terpanjang bagi setiap planet dan bintang. 


( Video yang mengenai Musytari ~ English vision )


                                    Zuhal    



         Zuhal merupakan planet yang keenam dari Matahari dan planet kedua terbesar di dalam Sistem Suria, selepas Musytari.  Zuhal kemungkinannya paling dikenali disebabkan gelang atau cecincin planetnya, yang menjadikannya sebagai salah satu objek dapat dilihat yang paling menakjubkan dalam sistem suria. Gelang itu pertama sekali dilihat oleh Galileo Galilei pada tahun 1610 dengan teleskopnya, tetapi dia tidak dapat memastikannya. Dia kemudian menulis kepada Grand Duke of Tuscany bahawa "Zuhal tidak bersendirian tetapi terdiri daripada tiga, yang hampir bersentuhan dan tidak bergerak berbanding sesama sendiri. Mereka tersusun dalam garis setentang dengan zodiak, dan yang di tengah [Zuhal] adalah tiga kali saiz yang lurus [penjuru gelang]". Dia juga menggambarkan Zuhal sebagai mempunyai "telinga." Pada tahun 1612 sudut gelang menghadap tepat pada bumi dan gelang kelihatannya hilang, dan kemudian pada 1613 ia muncul kembali, mengelirukan lagi Galileo.
            Persoalan gelang itu tidak dapat diselesaikan sehingga 1655 oleh Christian Huygens, yang menggunakan teleskop yang lebih berkuasa berbanding dengan yang ada pada Galileo pada masanya. Pada tahun 1675 Giovanni Domenico Cassini menentukan bahawa gelang Zuhal sebenarnya terdiri daripada pelbagai gelang lebih kecil dengan ruang antara mereka; ruang terbesar dinamakan Pembahagi Cassini (Cassini Division).

( Video yang mengenai Zuhal ~ English vision )





Uranus
     Uranus merupakan planet ketujuh daripada matahari. Ia merupakan planet ketiga terbesar dari segi jejarinya dan planet keempat terbesar dari segi jisimnya di Sistem Suria. Planet ini dinamakan sempena dewa langit Yunani purba iaitu Uranus (Yunani Kuno: Ορανός), bapa kepada Cronus (Saturnus) dan datuk kepada Zeus (Jupiter). Walaupun ia boleh dilihat dengan mata kasar, planet ini tidak dikenal pasti oleh tamadun purba kerana kesuramannya dan putaran orbitnya yang perlahan. Sir William Herschel mengumumkan penemuannya pada 13 Mac 1781 dan ini menyebabkan garis sempadan yang diketahui dalam Sistem Suria buat pertama kalinya dalam sejarah moden dapat dikembangkan. Uranus juga planet pertama yang ditemui melalui teleskop.


            Komposisi planet Uranus adalah sama dengan Neptun dan kedua-duanya mempunyai komposisi kimia yang berbeza daripada gergasi gas yang lebih besar seperti Musytari dan Zuhal. Ahli falak kadangkala meletakkan mereka di kategori yang berbeza dipanggil "gergasi ais". Atmosfera Uranus yang sama dengan Musytari dan Zuhal dalam komposisi utama seperti hidrogen dan helium mengandungi lebih "ais" seperti air, ammonia dan metana dengan unsu surih hidrokarbon. 
            Planet ini mempunyai atmosfera yang paling sejuk di Sistem Suria dengan suhu minimum 49 K (−224 °C. Atmosferanya mengandungi struktur awan yang berlapis dan kompleks dengan air sebagai kandungan awan yang paling rendah dan metana pula pula berada di awan yang paling atas. Sebaliknya, kawasan dalaman Uranus kebanyakkannya terdiri daripada ais dan batu.

( Video yang mengenai Uranus ~ English vision )






Neptun
        Neptun merupakan salah sebuah dari sembilan planet dalam sistem suria. Senarai planet dan jarak purata planet dengan matahari dalam sistem suria adalah seperti berikut :-

  •  57.9 juta kilometer ke Utarid
  • 108.2 juta kilometer ke Zuhrah
  • 149.6 juta kilometer ke Bumi
  • 227.9 juta kilometer ke Marikh
  • 778.3 juta kilometer ke Musytari
  • 1,427.0 juta kilometer ke Zuhal
  • 2,871.0 juta kilometer ke Uranus
  • 4,497.0 juta kilometer ke Neptun
  • 5,913.5 juta kilometer ke Pluto.
           Terdapat juga lingkaran asteroid yang kebanyakannya mengelilingi matahari di antara orbit planet Marikh dan Musytari. Disebabkan oleh putaran, garis pusat pada garis khatulistiwa adalah terpanjang bagi setiap planet dan bintang.
     ( Video yang mengenai Neptun ~ English vision )

30 comments:

A lot of information! very detail! good job!

 

Woo, addition information again!
very complete and detail, thanks for yr sharing.Hope more to come~~

 

Yup ! spent a lot of time to complete.half life now =p
Thanks all yr support!I will take all your kind words to Heart ~

 

good note!!!

 

very good and complete, thanks for your sharing......

 

It's vry interesting to learn abt system planet frm yr blogYr blog information seems both fun, detail and completed! so do you ever plan to to updating again? can't to wait now, hope to see more.Well done and good job!

 

dapat belajar perkara yang baru mengenai sistem solar kita. Terima Kasih admin.

 
This comment has been removed by the author.
 

I love the song, the background and the information in yr blog. Well done!

 

wow! very nice blog and a lot of useful note.

 

thanks for sharing!

 

For me it was really an eye-opening.Thanks for sharing.

 

maklumat cikgu banyak memberi manfaat, terima kasih.

 

Hi, Seit Seit. Very nice blog:) Have to learn more from you ya.hehe....many interesting youtube video to watch.Well done:)

 

Thanks all yr supports! update "coming soon" again ~

 

Persembahan blog cikgu sungguh menarik! Syabas!

 

details are complete,, well done..

 

very detail must be spent a lot of time.

 

Blog cikgu sangat menarik!!!

 

very useful information in my teaching.

 

Bahan pengajaran yang amat baik dan sesuai untuk murid-murid. Tahniah cikgu... :)

 

Thanks for sharing...^^

 

satu maklumat yang banyak membantu dalam P&P.Terima Kasih atas perkongsian.

 

Blog cikgu bagus!

 

good. thank you for sharing .

 

Post a Comment