Pengenalan sistem suria



Sistem suria terdiri daripada
  • Matahari
  • Lapan buah planet
  • Satelit-satelit semula jadi yang mengelilingi planet-planet
  • Asteroid
  • Meteoroid
  • Komet


BINTANG
Planet-planet

 1.    Pusat bagi sistem suria ialah Matahari .

2.    Matahari mengeluarkan cahayanya yang tersendiri manakala planet-planet dan satelit semulajadi memantulkan cahaya matahari.

3.    Terdapat 8 buah planet yang mengelilingi matahari sambil berputar pada paksinya sendiri.Setiap satu satu planet juga beredar mengikut satu lintasan yang tetap yang dipanggil orbit.

4. Susunan planet-planet mengikut yang terdekat dengan matahari ialah Utarid (Mercury), Zuhrah (Venus), Bumi (Earth), Marikh (Mars), Musytari (Jupiter), Zuhal (Saturn), Uranus (Uranus) dan Neptun (Neptune).

5.    Planet yang paling dekat dengan matahari ialah Utarid.

6.    Planet yang paling jauh dari matahari dan paling sejuk ialah Neptun.

7.    Planet yang paling cantik adalah Zuhal kerana mempunyai gegelang di sekeliling planet.

8.    Planet yang paling  panas  ialah Zuhrah. Suhunya   lebih daripada 450 celcius. Planet Zuhrah mempunyai 3 gelang yang lebar mengelilinginya.

9.    Planet Bumi mempunyai 1 satelit iaitu bulan.
 
10. Planet yang terbesar ialah Musytari.

11.  Planet yang terkecil ialah Utarid.

12. Semua planet berputar dari barat ke timur kecuali Zuhrah yang berputar dari timur ke barat.

13. Planet Uranus berputar pada sisinya.

14. Planet Utarid dan Zuhrah tidak mempunyai satelit semula jadi.



Objek-objek Lain Dalam Sistem Suria 

1.
Meteoroid merupakan batuan berlogam yang pelbagai saiz yang terapung-apung di dalam sistem suria.
2.
Meteoroid yang terapung dekat dengan permukaan Bumi akan ditarik oleh daya tarikan graviti Bumi.
3.
Meteoroid yang mamasuki ruang atmosfera Bumi dipanggil meteor.
4.
Geseran antara meteor dengan atmosfera Bumi akan menyebabkan meteor itu terbakar dan menghasilkan satu coretan cahaya dilangit. Meteor juga dikenali sebagai tahi bintang.
5.
Kebanyakan Meteor habis terbakar sebelum sampai ke permukaan Bumi. Sisa Meteor yang berjaya sampai ke permukaan Bumi dipanggil meteorit.
6.
Asteroid merupakan objek kecil yang terdiri daripada pelbagai saiz atau bentuk. Ia terdiri daripada campuran batuan dan logam.
7.
Asteroid mengorbit matahari dan juga dikenali sebagai planet kecil.

8.
Kebanyakan asteroid boleh di dapati bergerak dalam orbit yang berada di antara orbit planet Marikh dan Musytari.Kawasan ini dipanggil Jalur Asteroid.
9.
Komet ialah ketulan ais yang terbentuk daripada campuran gas dan debu. Komet mengelilingi Matahari dalam orbit berbentuk elips yang besardan panjang. Komet mengambil masa yang lama untuk melengkapkan satu edaran mengelilingi Matahari disebabkan orbitnya yang besar.

10.
Komet kelihatan berkepala dan berekor yang berbara apabila mendekati matahari. Ini ialah kerana haba matahari akan meleburkan sebahagian ais komet menjadi gas dan debu. Komet kelihatan berbara kerana gasnya yang berpendarfluor memantulkan cahaya matahari yang menyinarinya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Why Isn't Pluto a Planet Anymore?!?