Sistem suria terdiri daripada
- Matahari
- Lapan buah planet
- Satelit-satelit semula jadi yang mengelilingi planet-planet
- Asteroid
- Meteoroid
- Komet
BINTANG |
Planet-planet |
1. Pusat bagi sistem suria ialah Matahari
.
2. Matahari mengeluarkan cahayanya
yang tersendiri manakala planet-planet dan satelit semulajadi memantulkan
cahaya matahari.
3. Terdapat 8 buah planet yang
mengelilingi matahari sambil berputar pada paksinya sendiri.Setiap satu satu
planet juga beredar mengikut satu lintasan yang tetap yang dipanggil orbit.
4. Susunan planet-planet mengikut yang terdekat dengan matahari ialah
Utarid (Mercury), Zuhrah (Venus), Bumi (Earth),
Marikh (Mars), Musytari (Jupiter), Zuhal (Saturn), Uranus
(Uranus) dan Neptun (Neptune).
5. Planet yang paling dekat dengan matahari ialah Utarid.
6. Planet yang paling jauh dari matahari dan paling sejuk
ialah Neptun.
7. Planet yang paling cantik
adalah Zuhal kerana mempunyai
gegelang di sekeliling planet.
8. Planet yang paling panas ialah Zuhrah.
Suhunya lebih daripada 450 celcius. Planet Zuhrah
mempunyai 3 gelang yang lebar mengelilinginya.
9. Planet Bumi mempunyai 1
satelit iaitu bulan.
10. Planet yang terbesar ialah Musytari.
11. Planet yang terkecil ialah Utarid.
12. Semua planet berputar dari barat ke timur kecuali Zuhrah
yang berputar dari timur ke barat.
13. Planet Uranus berputar pada sisinya.
14. Planet Utarid dan Zuhrah tidak mempunyai satelit semula
jadi.
Objek-objek Lain Dalam Sistem Suria
1.
|
Meteoroid merupakan batuan berlogam yang
pelbagai saiz yang terapung-apung di dalam sistem suria.
|
2.
|
Meteoroid yang terapung dekat
dengan permukaan Bumi akan ditarik oleh daya tarikan graviti Bumi.
|
3.
|
Meteoroid yang mamasuki ruang
atmosfera Bumi dipanggil meteor.
|
4.
|
Geseran antara meteor dengan
atmosfera Bumi akan menyebabkan meteor itu terbakar dan menghasilkan satu
coretan cahaya dilangit. Meteor juga dikenali sebagai tahi bintang.
|
5.
|
Kebanyakan Meteor habis
terbakar sebelum sampai ke permukaan Bumi. Sisa Meteor yang berjaya sampai ke
permukaan Bumi dipanggil meteorit.
|
6.
|
Asteroid merupakan objek kecil yang
terdiri daripada pelbagai saiz atau bentuk. Ia terdiri daripada campuran
batuan dan logam.
|
7.
|
Asteroid mengorbit matahari dan
juga dikenali sebagai planet kecil.
|
8.
|
Kebanyakan asteroid boleh di
dapati bergerak dalam orbit yang berada di antara orbit planet Marikh dan
Musytari.Kawasan ini dipanggil Jalur Asteroid.
|
9.
|
Komet ialah ketulan ais yang
terbentuk daripada campuran gas dan debu. Komet mengelilingi Matahari dalam
orbit berbentuk elips yang besardan panjang. Komet mengambil masa yang lama
untuk melengkapkan satu edaran mengelilingi Matahari disebabkan orbitnya yang
besar.
|
10.
|
Komet kelihatan berkepala dan
berekor yang berbara apabila mendekati matahari. Ini ialah kerana haba
matahari akan meleburkan sebahagian ais komet menjadi gas dan debu. Komet
kelihatan berbara kerana gasnya yang berpendarfluor memantulkan cahaya
matahari yang menyinarinya.
|
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Why Isn't Pluto a Planet Anymore?!?